konnichiwa...

saya ni org baru dlm tulis menulis blog ni...so, ampun maaf la ye..blog x semenggah mana ni..hehehe baru nak blaja2 buat blog.. surirumah, bizwomen digalakkan yer untuk berkawan ngan saya or nak jd follower.. saya suka sgt berkawan.. perempuan je la.. laki kang marah lak hubby saya..khekhekhe so, kalau ada pepe nak komen pasal blog ni ckp jer..i tak kisah...x cantik ker, atau terlalu boring ker, bagitau la.. kalau x macamana nak improve rite?? ok...ingat, i'm not the despertae housewife ok??khekhe

Thursday, February 3, 2011

Pengalaman Bersalin...huhu..

Knangan bersalin anak pertama memang x boleh dilupakan..yela, 1st la katakan...memang mendebarkan..ceritanya bermula begini.

ini merupakan minggu yang ke 39 aku mengandung. ada lagi seminggu nak due. so, dah x keruan coz adik beradik yang senior semua jenis branak awal...so, mcm something wrong la kalau aku jer branak lmbt...hehehe...

so, aku pun menyatakan kerisauanku.. kakak ipar pun mencadangkan minum greentea untuk cptkan proses bersalin.. so, bila berjalan kt tesco, aku dah aim greentea. tapi hubby x bagi. dia kata biarla baby tu kluar sendiri..(dia senang la ckp) kita yang menunggu ni x sabar nak tggu baby kluar. hehehe. takut sebenarnya n x tahan dah menderita sakit pinggang. so tunggu jela it comes naturally.

so, sampaila satu mlm, aku n hubby nak tido dah..kita org suke tido depan tv. siapkan tempat tido n aku tgk jam pukul 12 mlm... mata pun dah mengantuk, kiss pipi hubby dulu n pejam mata. dia pun baru nak tido tu... tak sampai 15 minit, tetiba ada bunyi 'pop'. pastu disusuli ngan deruan air n rasa lenjun plak. pastu tetiba mcm bingung jap... pegi tandas n cek. memang basah habis baju n seluar.. pegi balik kat hubby, cakap " bang, rasanya dah pecah ketuban la". dia terkejut beruk. "Ha?? betul ker? camana ni ek?cuba call ma? tanya nak pergi hosital ke mlm ni? ke tunggu esok jer?" sian hubby. baru nak relax tdo dah kena bangun lak.

aku pun call ma aku. ma pun mcm tau tau je aku call sebab apa. terus angkat fon cakap " ha?kenapa?dah ada tanda ker?"...aku yang terkejut balik..eh, mana dia tau.hehehe..aku pun mengiyakan..so, ma cakap ada sakit2 ker?aku cakap x sakit apa pun.. kalau nak tau ma aku ni nurse pencen. ma pun dah penat soalsiasat aku, trus dia kata, relax dulu. esok pagi baru pegi hospital... aku pun lega dgr camtu...

orang yg p[aling lega, mr hubby la...hehehe. pas letak fon tu rasa mcm ada lgi keluar air. pegi tukar lagi seluar n hubby bagi idea yang bernas di tengah mlm2 buta, pakaila pad. a'ah, tak terpikir lak. mlm tu aje dah dekat 3 pad aku pakai. kali ni air jernih tadi dah bercampur darah. mula2 coklat dan makin  lama menjadi merah.


mlm tu hubby  x dpt tdo lena. maybe risaukan aku. sian dia. time ni la nampak yg dia sayang kat kita. terharunyer..so, pagi lepas subuh kami bersiap sediake hospital. barang- barang bayi memang aku dah prepare sejak kandungan usia 7 bln. takut la ter'bersalin'awal. so, bertolak ke hospital dlm pukul 7.30 pg. kitaorang pegi breakfast dulu dekat hospital. makan roti canai. tapi xlalu nak makan. nervous punye pasal. dup dap dup dap jantung ni.

bile sampai aku pundaftar n cek ecg jantung baby. lama jugak la. nasib g breakfat dulu tadi. kalau x dah berbunyi perut aku. kira-kira pukul 10 lebih baru aku dimasukkan ke wad. nak amik wad 1st class tapi penuh. so amik 2nd class jer. satu bilik 2 org.aku bersalin kat hospital kerajaan jer. sebab ramai org cakap elok pegi kerajaan anak 1st. lagipun pakar2 banyak di kerajaan. kalau ada complication di swasta pun diorang akan refer krjn. so,  lu pikir la sendiri..hehehe

cek tadi bukaan baru 2 cm. masuk wad dulu. boringnya..dah masuk waktu lunch. hubby terus tanya nak makan apa. aku pun cakap la apa jer. dah xtau nak makan apa. memang xde selera. tapi hubby suruh makan biar ada tenaga nanti.

mlm tu still xde bukaan lagi. still 2cm macm pagi..doktor pun kata tunggu esok pagi baru induce kalau x bukalagi. mlm tu aku dah mula rasa kontraksi. sejam sekali. rasa sakit perut yg amat. pukul 3 pagi aku xtahan coz kontaraksi makin lama makin kerap.. stgh jam sekali. aku pun berjalan jumpa nurse. cakap aku rasa yang aku nak bersalin dah kot. dia tanya kontraksi berapa kali sejam. aku pun cakapla setengah jam skali. dia kata lambat lagi. aku suruh jugak dia cek. manalah tau. dia pun tlg cekkan n tgk baru 2 cm. dia kata tido la dulu. memang sakit kontaraksi mcm tu. aku rasa sedih tiba2. yela selam hidup 26 tahun x pernah rasa sakit mcm ni. call hubby dia duruh banyak2 selawat n baca apa2 yang patut. kesian hubby. riasu punya pasal dia tido dlm kete. depan wad wku bersalin. bleh nampak dia dari dlm wad aku. nyamuk banyak dia cakap.. sedih dgr dia cakap camtu.thanx hubby for suporting me.

subuh2 aku dah kena mandi n siap2 untuk ke labor room. sebelum ke labor room, aku kena induce dulu. pukul 8 mcm tu aku induce. agak nak dekat pukul 11 bukaan aku dah 5cm n doktor suruh masuk labor room. sambil berjaln kaki , ada seorang lagi akak yang ikut ke labor. dia bersembang ngan aku n bagi tips untuk teran. dia bersalin anak ke-3, tapi dia kata still takut lagi bersalin. dia kata time teran tarik nafas panjang2 n hembus lama2...sambil teran...sampai sekarang aku ingat tips tu n berterima kasih sgt.

aku dah masuk labor room. aku mula riasu sebab hubby x masuk lagi. dia balik jap pagi tadi mandi n sarapan. nasibla umah mentua dkt je ngan hspital. tiba2, ternampak mka hubby terpacul depan pintu. aku rasa lega sgt. dia senyum tgk aku. agak2 pukul 1 lebih bukaan aku makin besar. dah 7cm. doktor pun ambil balik entonoks (alat bantuan oksigen) drpd aku kerana hampir masanya. aku asyik nak teran jer... (ala, rasa cam nak buang air besar sgt2). doktor kata jgn teran lagi yer... aku peduli apa, aku memang x tahan dah...aku teran jugak. aku tgk doktor n staffnurse duduk kat pintu sembang apa pun ntahla. so, ada doktor pelatih saja cek bukaan aku n dia terkejut tgk dah buka habis 10cm. dia pun kelam kabut panggil semua yg terlibat n agak2 ada la 5 org duk dpan aku suruh push. hubby pun bangun nak tgk. dia yg excited skali nak tgk bb kluar.

Alhamdulilah, dengan 2 kali teran jer aku slamat melahirkan seorang puteri pada pukul 2.04 tghari 24 mac 2009.cium dahi aku n puji aku cakap, pandainya baby teran. (baby tu panggilan manja)hehe. doktor pelatih pun cakap benda yang sma. pandai u teran. anak 1st ker? boleh la branak lagi tahun depan. memang masin la mulut dorang...hehehe. memang tahun depannya aku bersalinkan puteri no 2 tapi operate coz songsang.

itula pengalaman yang aku xleh lupaka. hubbylah penguat semangat aku masa bertarung nyawa. thanx hubby. love u so muchhhh!!!kalau ada hubby suh dia masuk skali.jgn bagi alasan mcm2.hehe

so, viewrs, bolehla amik tips kat atas sebagai penguat semangat bila bersalin nanti..oh, ada lg satu tips, sblm bersalin, makan kurma banyak2. kalau xnak makan benda lain pun xpe la. janji makan kurma. untuk bagi tenaga bila nak push nanti. hmm.. dah nak subuh ni..nak tido kejap n nak smyg...oklah...byeeee...

No comments:

Post a Comment